HYPNOSIS - SENI DITAKUTI DUNIA
BUKU : HYPNOSIS - SENI DITAKUTI DUNIA
ISBN : 978-967-16827-0-8
TENTANG BUKU INI,
Rahsia dari peradaban kuno yang berkembang maju lebih 200 tahun dan kini menjadi aplikasi berpengaruh serta ditakuti dunia. Kuasainya sebelum ia dikuasai oleh mereka yang sudah sedia untuk lebih berjaya.
Selamat berkenalan dengan seni terlarang yang ditakuti oleh ramai orang.
Buku ini memperkenalkan ‘Hypnosis’ kepada anda. Seni yang sering menjadi kontroversi, diperkata dan disalah fahami oleh masyarakat. Sedangkan, seni ini telah berkembang sehingga ke dunia klinikal. Menjadi terapi alami yang bermanfaat. Apa sebenarnya Hypnosis ini? Dan bagaimana ia dapat beri manfaat untuk kejayaan? Dijawab dalam buku ini oleh pengamalnya.
Menariknya lagi, buku ini tidak diberatkan dengan terma atau istilah yang sukar untuk dihadam oleh para pemula. Dituliskan dengan bahasa mudah dan padat dengan penerangan, cerita, rahsia serta teknik program diri sendiri yang tidak mungkin diperolehi dimana-mana.
Eksklusif!
"Buku ini sesuai dibaca oleh individu yang berhasrat mahu belajar dan kuasai seni terlarang ini. Jangan sampai buku ini dibaca oleh mereka yang ingin merubah kehidupan kepada yang lebih baik. BERDOALAH SEBELUM MEMBACANYA."
- Shahrain Remeli @ Master Rey (CI, CHt, NLPt)
Pengasas Hypnotic works